Followers

Sunday, March 28, 2010

RESEPI ASAL BULEH....

salam,
tah mimpi apa tetiba je terasa nak mkn daging dendeng...tapi yg ni versi akak sendiri aka resepi asal buleh...yg kek tuh sesaja je buat makan2. ala bancuh2 je trus bakar....kat bawah akak bagi resepi "dendeng" n "kek kismis senang" sila la mencuba....

daging dendeng
1kg daging (lemak dibuang) rebus hingga empuk dan hiris nipis2 kemudian diketuk sikit dan goreng sederhana garing.
cili kisar 1 cawan - nak kurang pedas kurangkan cili.
1 biji bawang besar mayang
3 biji bawang putih mayang
3 sudu kicap manis atau lebih kalau suka hitam
1 sudu kecil serbuk kari - nak bagi beraroma sikit.
minyak untuk tumis.

mula2 tumis bawang, dah nak garing masukan cili, serbuk kari dan kicap.bila dah garing masukan gula sikit dan garam kalau suka tapi akak tak letak sbb kicap dah cukup rasa. last masukan daging dan kacau hingga rata. leh la mkn....


kek kismis senang.

1 cawan gula
1 cawan butter
1 cawan telor (tak kira bape biji asal penuh cawan)
serbuk koko 2 sudu
susu manis 1/2 cawan
tepung gandum 1 3/4 cawan
vanilla sikit
kismis (kalo nak ganti benda lain pun bole cth badam, coklat rice ke)

masuk sume gula, butter, telor, koko, susu manis, vanilla dalam mangkuk dan putar smpai kembang. last sekali masuk kismis. bakar. ni la hasilnya....

dengar mcm crazy ye bancuh sume skali tapi ni la dah jadi. tak percaya...dtg kelas akak....

related post

Labels